Thursday, April 18, 2013

KAITAN BUDAK PEREMPUAN MUKA HIJAU DAN ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI

   Salam sejahtera buat semua sahabat.Andai sebelum ini sahabat ada terbaca kisah saya mengenai ''
CERITA SI KECIL TERSEREMPAK DENGAN JIN  dan  ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI,sebenarnya ia ada kaitan antara satu sama lain.  
     
Setelah sekian lama berlalu, dengan izin Allah akhirnya saya dapat tahu bahawa bunyi itik mainan itu adalah permainan dari 'budak perempuan kecil berwajah hijau itu' .Dia lah yang selalu mengganggu tidur kami apabila jam menunjukkan 12 pagi dan ke atas,  lebih kurang sebulan masanya sebelum kami menemui itik mainan itu. Dia lah yang membawa turun itik mainan itu yang asalnya berada atas palang bumbung rumah kami.
  
 Alhamdulillah misteri itik mainan berbunyi sendiri ini sudah terjawab dan jelas. Alhamdulillah ,sekarang ini gangguan dari 'budak' ni makin berkurang. Besar hajat 'budak' ini pada kami sekeluarga, apabila kami suruh dia keluar, dia tidak mahu dan dia mahu kami yang keluar dari rumah yang kami diami sekarang dan dia masih degil tak mahu keluar dari rumah ini. 

Katanya ini tempatnya dan rumahnya, di sini ada kubur ibu dan ayahnya ,jadi untuk keluar itu tidak mungkin. Biarlah dia, sama ada dia berbohong ke benar ke, yang penting dia tak ganggu kami lagi. Dan kami cuba usaha untuk dia pergi ke tempat yan lebih sesuai, hanya dengan izin Allah.
   
Saya sendiri tidak pernah terserempak dengan 'budak perempuan' ni, suami saya juga, kami hanya dengar dia bermain itik mainan itu sahaja. Dan anak-anak saya ada yang Allah izinkan 'nampak' budak perempuan ini dan dengar dia bermain permainan lain. Bahkan budak perempuan ini masuk dalam mimpi salah seorang anak saya.

Cerita saya ini sama ada sahabat nak percaya atau tidak itu terpulang. Saya cuma berkongsi cerita bahawa dalam kehidupan kita ini 'alam ghaib' itu memang wujud dan ada di sekitar kita cuma Allah hijabkan mata kita dari melihat semua ini. Dengan izin Allah, Allah boleh buka hijab mata/telinga/rasa untuk sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Wallahu'alam,
 sekian dulu cerita saya hari ini. 

(NuurMuslimatusySyaheedah)

4 comments:

  1. Makhluk Jin Memang Wujud
    Itu Sebahagian Daripada Alam Ghaib
    Orang Beriman Percaya Kepada Alam Ghaib
    Doa Pada Allah Agar Kita Di Lindungi Daripada Sebarang Gangguan Makhluk Yanag Berniata Tidak Baik kepada Kita.

    ReplyDelete
  2. Assalam. Anda boleh scan daripada jauh? Saya perlukan bantuan sikit. Terima kasih

    ReplyDelete

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."