Thursday, March 14, 2013

JIN JATUH CINTA DENGAN AKU??

  Mahu baca lagikah kisahku?Kalau mahu boleh teruskan membaca.Aku tidak tahu mahu mula dari mana.Samada mahu percaya atau tidak,terpulang kepada penilaian anda sendiri.Dalam minggu ini,aku memang rasa tak sedap badan.Rasa berat atas tengkuk kembali semula.Aku sudah biasa kalau sakit begini,adalah tu yang menempel padaku.Tapi kali ini lain,walaupun sakit macam orang demam,aku tetap mampu buat kerja seharian aku dengan baik dan bila melihat cermin aku tak rasa mukaku hodoh dan menakutkan seperti sebelum ini.Cuma adakalanya sakit bahgian tengkuk terasa.Aku buat-buat tak tahu dan sambil usahakan apa yang patut,rukyah diri sendiri.Alhamdulillah aku rasa lega tapi ianya tetap datang sekali sekala.
  Entah mengapa pada pagi itu,sewaktu aku mula membuka tirai tingkap di lorong ke bilikku aku terlihat kelibat seseorang yang sangat besar dan tinggi di bilik tidur ku,ianya menyerupai kelibat dan wajah suamiku,ia merenung tepat ke arahku.Tapi aku sempat lihat sekilas sahaja.Sedangkan ketika itu suami ku ada tidur berselimut di katil sebab demam.Aku bingung,betul ke yang aku nampak itu?Agaknya jin yang selalu duk main tepi rumah ni,pujuk hatiku.
  Beberapa hari lepas aku bermimpi perkara yang sama 2 hari berturut-turut.Mimpi dikepung sekumpulan lelaki jahat dan 'big boss' nya sekali,hanya kerana 'bigboss' tertarik melihat wajahku.Mereka mengejar aku dan mengepung untuk mendapatkan aku.Aku termenung kenangkan mimpi itu.Siapa lagi yang mahu ganggu hidup aku ini?!Owhh......,kupujuk hati agar terus bersangka baik.Dan aku biarkan mimpi itu tanpa mahu memikirkan lagi apa mesejnya,sehingga aku terlihat kelibat lelaki yang menyerupai suami aku tadi.
  Aku berjumpa dengan perawatku dan ceritakan apa yang aku lihat  dan apa yang aku mimpi.Dari situ tahulah aku,ada jin jantan sudah jatuh cinta dengan aku hanya kerna dia ternampak aku di satu kawasan hutan berbukit(tempat tinggal dia berhampiran perkampungan bunian),dia berkenan sangat padaku,katanya aku ni cantik dan dia mesti dapatkanku.Niat dia jahat dan aku pun tak tahu apa yang dia mahu dari aku.Dan jelaslah bahawa yang menyamar suami aku itu adalah dia.Allahu'Akbar.
  Di saat aku menulis ini,jin itu masih ada dan masih degil untuk lepaskan aku walaupun suami dah cuba ikhtiar lepaskan,dan aku yaqin Allah pasti akan bebaskan aku dari jin jantan yang terkutuk ini.Jadi kalau anda mahu ke mana-mana,jagalah adab-adab sunnah dalam safar,bermula dari anda melangkah kaki keluar rumah lagi.Di sini aku kongsikan tanda-tanda di ganggu Jin asyik.Wallahu'lam.

NuurMuslimatusySyaheedah .


Jin Asyik

Jin asyik adalah kategori jin yang menjadikan manusia sebagai kekasihnya. Jika jin bunian maka pesakit selalunya suka bersendirian dan jika pada tahap parah boleh membawa gila.Jika jin pocong, polong atau seangkatan dengannya pesakit mempunyai kesan-kesan lebam terutama di bahagian kaki kerana kesan dihisap darah oleh jin berkenaan.

Berdasarkan pengalaman merawat, saya kategorikan jin asyik kepada 2 jenis iaitu jin asyik tegar dan jik asyik suka-suka.

Jin asyik tegar adalah jin yang benar-benar mahu menjadikan mangsa sebagai pasangan hidupnya. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Jin ini sentiasa memerhatikan gerak-laku bakal kekasihnya sehinggalah timbul bibit rasa sayang dan akhirnya berazam menjadikan mangsa sebagai kekasih.

Mangsa jin asyik tegar akan mengalami beberapa masalah dalam kehidupan hariannya terutama melibatkan isu-isu perkahwinan. Apabila ada orang yang berminat dengannya jin asyik akan cuba menghalang dengan pelbagai cara seperti menghodohkan wajahnya, membibitkan rasa benci dan juga provokasi terhadapnya. Natijahnya dia sukar dipinang orang atau menjadi seorang pemuda yang telajak membujang.

Mangsa suka bersendirian, fobia dengan pasangan gendernya, sukar tidur malam serta sakit/pening kepala. Dimasa masa tertentu dia seakan mendengar suara atau bisikan apabila berseorangan. Lebih dari itu jin asyik berusaha menunjukan kehadirannya dengan membentuk lintasan ataupun apa saja bagi menarik pandangan kekasihnya.

Bila tidur mangsa akan bermimpi bertemu/melihat seorang pemuda (jika dia seorang wanita). Lebih ganas lagi bila dia selalu "bersama" dengan pemuda berkenaan dan melihat kanak-kanak yang kononnya adalah anak mereka berdua. Ada ketika mangsa merasa seakan ditindih.

Jin asyik akan mengganas jika kemahuannya tidak dilayan. Dia mengganas apabila kekasihnya berjaya dipikat oleh orang lain. Ketika inilah mangsa akan dalam keadaan depress samapai mahu membunuh diri.

Jin asyik suka-suka pula tidak demikian. Baginya mangsa hanyalah sebagai keperluan memenuhi nafsu sahaja. Ia datang sekali-sekali. Mangsa juga melihat kelibat, mendengar suara dsb. Tetapi tidak sekerap jin asyik tegar.

Apabila merawat gangguan jin asyik, bagi jin asyik tegar akan berada ditubuh pesakit. Pada peringkat awal dia cuba menyembunyikan dirinya walaupun dibalasah dengan pelbagai ayat rukyah. Dia hanya mengalirkan air mata tanda kesakitan dibelasah. Maka untuk itu rawatlah seperti biasa.

Bagi jin asyik suka-suka, anda akan dapati bahawa jin berkenaan tidak ada pada pesakit walaupun pesakit memberikan simpton yang jelas beliau telah diganggu. Pesakit tidak menangis dan tiada reaksi apabila scanning dilakukan. Oleh itu anda tak perlu merukyah panjang setelah usaha2 scanning dijalankan. Untuk itu tamatkan rawatan kerana jin asyik jenis ini adalah kategori touch n Go. Bekalkan pesakit dengan aroma, air rawatan dan attar kasturi untuk dipakai waktu malam. Gangguan akan dapat dihindarkan setelahmana pesakit membenteng diri dengan zikruLLAH.

WALLAHu a'lam.

petikan dari http://akrine.blogspot.com/2009/06/jin-asyik-pengkelasan-rawatan.html

1 comment:

  1. Kalau dah sampai mimpi ada anak dgn dia dah kahwin tu teruk ke? Habis anak tu mcm mana? Sya bnyak risaukan ank tu tapi menyampah gila dgn bapak dia.

    ReplyDelete

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."