Sesudah mandi dan berwudhuk,ku lihat cuaca di luar,Subhaanallah sangat indah sekali dengan cahaya sang Mentari,''terima kasih Allah kerna anugerahkan cahaya indah ini''desus hatiku.Di musim hujan begini sememangnya harga cahaya sang mentari tersangatlah mahal.Kulihat bakul hijau yang penuh dengan pakaian kotor di satu sudut bilikku,owhh,sayang betul,menyesal juga tidur selepas subuh tadi,banyak pakaian yang perlu di basuh,lagipun Allah dah bagi Matahari menyuluh hari ni.Elok sangat kalau jemur kain.
Aku batalkan niat untuk terus solat,kemudian ku angkat bakul yang penuh itu turun ke tingkat bawah dan terus masukkan pakaian dalam Mesin basuh.Ku buka peti sejuk dan keluarkan lauk beku untuk di cairkan lalu aku terus naik ke tingkat atas untuk sambung niatku untuk solat dhuha dan membaca sedikit ayat-ayat al Quran.Naik ketingkat atas aku jenguk ke dalam bilik anak-anakku,masih lena mereka tidur,langsung tak sedar kehadiranku.
Aku hanya sendirian tanpa kebingitan suara anak-anak kecilku.Ku ambil sejadah dan telekung solah dan mula mengerjakan solah sunnat dhuha beberapa rakaat.Usai solat Dhuha dan berdoa dengan doa Dhuha yang indah itu aku terus mencapai Mushaf al Quran,lalu kubacanya dengan suara yang agak serak sebab batuk-batuk yang ku alammi masih belum betul-betul sembuh.Jam menunjukkan hampir ke pukul 11 pagi,aku terus bersiap-siap untuk turun uruskan kerja-kerja rumah,macam-macam yang perlu diselesaikan.
sudut tangga. |
Kamar tidur anak-anakku berdekatan dengan tangga dan kulihat di sudut tangga,sunyi sepi,tiada apa-apa di situ.Sedang aku amat-amati sekitar tangga tadi,tiba-tiba kedengaran pintu yang di hempap dengan kuat.Jelas kedengaran dari tingkat bawah,seolah-olah dari bilik 'permainan/mengaji' anak-anakku.Aku sedikit menggelabah dan risau.Tertanya-tanya siapa yang ada di bawah?sedangkan anak-anakku semuanya masih tidur dan suami pula pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja.
Aku memulakan langkah kaki turun ke satu-satu anak tangga,sangat berhati-hati dan berdebar-debar,terlintas di fikiran,adakah itu orang?atau ada monyet masuk rumah?ke tupai?Apa tu?Jujur aku beritahu aku tak risau kalau itu adalah permainan dari 'jin' tapi aku amat risau kalau itu adalah perbuatan orang,ada orang masuk rumah!Nauzubillah.
Aku turun ke bawah,suasana rumah agak kelam berikutan langsir tingkap masih belum kusingkap kesemuanya,hanya beberapa tingkap sahaja yang kelihatan cahya sang mentari.Sunyi sepi.Tiada apa-apa pun,pintu-pintu bilik terbuka semunya.Di dalam kelam itu,kurasa seolah-olah aku tidak sendirian tapi setelah ku singkap semua langsir tingkap dan cahaya mentari mula mnerjah ke dalam rumah,aku rasa lain benar,rasa lebih tenang dan damai.Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
Aku termenung sejenak,apakah itu hanya imiginasiku,di kala aku sendirian tanpa hilaian tawa anak-anak,bermacam bunyi pelik kudengar,tapi taklah selalu.Sesungguhnya Allah Kuasa dan segala makhluk Allah langsung tak ada kuasa.
Allahu...wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment