
Salam sejahtera buat semua sahabat.Andai sebelum ini sahabat ada terbaca kisah saya mengenai ''
Setelah sekian lama berlalu, dengan izin Allah akhirnya saya dapat tahu bahawa bunyi itik mainan itu adalah permainan dari 'budak perempuan kecil berwajah hijau itu' .Dia lah yang selalu mengganggu tidur kami apabila jam menunjukkan 12 pagi dan ke atas, lebih kurang sebulan masanya sebelum kami menemui itik mainan itu. Dia lah yang membawa turun itik mainan itu yang asalnya berada atas palang bumbung rumah kami.
Alhamdulillah misteri itik mainan berbunyi sendiri ini sudah terjawab dan jelas. Alhamdulillah ,sekarang ini gangguan dari 'budak' ni makin berkurang. Besar hajat 'budak' ini pada kami sekeluarga, apabila kami suruh dia keluar, dia tidak mahu dan dia mahu kami yang keluar dari rumah yang kami diami sekarang dan dia masih degil tak mahu keluar dari rumah ini.
Katanya ini tempatnya dan rumahnya, di sini ada kubur ibu dan ayahnya ,jadi untuk keluar itu tidak mungkin. Biarlah dia, sama ada dia berbohong ke benar ke, yang penting dia tak ganggu kami lagi. Dan kami cuba usaha untuk dia pergi ke tempat yan lebih sesuai, hanya dengan izin Allah.
Saya sendiri tidak pernah terserempak dengan 'budak perempuan' ni, suami saya juga, kami hanya dengar dia bermain itik mainan itu sahaja. Dan anak-anak saya ada yang Allah izinkan 'nampak' budak perempuan ini dan dengar dia bermain permainan lain. Bahkan budak perempuan ini masuk dalam mimpi salah seorang anak saya.
Cerita saya ini sama ada sahabat nak percaya atau tidak itu terpulang. Saya cuma berkongsi cerita bahawa dalam kehidupan kita ini 'alam ghaib' itu memang wujud dan ada di sekitar kita cuma Allah hijabkan mata kita dari melihat semua ini. Dengan izin Allah, Allah boleh buka hijab mata/telinga/rasa untuk sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Wallahu'alam,
sekian dulu cerita saya hari ini.
(NuurMuslimatusySyaheedah)