Beginilah rupanya itik mainan tu tapi kotor sangat.Masih elok. |
Dalam pada aku sedang memaksa mata untuk lelap,tiba-tiba kedengaran permainan kanak-kanak di tekan-tekan dan menghasilkan bunyi 'peepeeet,peepeet'.Aku rasa pelik juga,sudah lama aku tidak punya permainan 'baby' seperti 'bathroom duck' begitu.Anak-anak aku tidur,sangat tak mungkin mereka yang bermain.Lagipun bunyi tu datang dari luar rumah,di padang depan rumah.
''Anak siapa yang main mende ni malam-malam buta ni bang?''saya tanya pada suami.
"Hishh takkan anak orang sebelah .Nak abang jenguk kat luar tak?''
''Ishh jangan...takutlah,takut orang jahat ker'', lama-kelamaan bunyi tu datang mendekati ke kamar tidurku dan sangat-sangat hampir bunyinya dengan tingkap bilik aku.Bulu romaku mula tegak,kuselimutkan diri.Dan suami bingkas bangun dan perlahan-lahan menuju ke jendela,perlahan-lahan langsir disingkap.Intai,tiada siapa pun,senyap.Di depan bilik kami,ada bumbung garaj kereta.Kalau difikirkan macamana bunyi yang kedengaran dari padang,kemudian datang ke tepi bilik dan akhirnya datang ke bumbung garaj depan bilik kami,ianya seolah-olah mengelilingi bilik ini dari luar. Kemudian suami melaungkan Azan dan tiba-tiba ada 'sesuatu' yang membaling batu yang agak besar ke arah bumbung garaj kereta yang satu lagi.Kedengaran batu bergolek jatuh ke bawah,kemudian batu itu hilang dari pandangan.Kami kaget dan tahulah kami,kami diganggu lagi.Kami masuk tidur semula selepas hidupkan CD Player.
Seminggu berlalu,suatu malam seperti biasa aku 'on' kan CD Ruqyah,kalau tak silap aku,aku dah tekan butang 'repeat All mode' tapi pada jam 2.30 pagi aku tersedar sekali lagi, tersedar disebabkan gangguan bunyi 'peepeet' ' datang lagi.CD Ruqyah yang aku mainkan tadi telah lama 'off' dengan sendiri.Bunyinya masih berlegar-legar di sekitar bilik kami.Dan kami biarkan saja dan terus 'on'kan kembali CD Player,dan ianya kembali senyap.
Beberapa hari kemudian,semasa aku ke garaj kereta,aku terjumpa sesuatu terbaring di suatu sudut garaj yang mana di situ ada satu paip air.Hah!Itukan 'bathroom duck',macamana ianya boleh ada di sini?Dari mana datangnya?Owhh inilah agaknya yang menggangu kami sejak dua menjak ini..Sebelum ini aku tak pernah tengok pun permainan ini di mana-mana.Aku hairan.Sebenarnya,sebelum ini kami memang tidak pasti bunyi apakah yang selalu menggangu kami.Ia seolah-olah bunyi tapak kasut 'baby' atau permainan yang lain.Selepas penemuan inilah baru aku tahu,ianya seekor itik plastik yang jika ditekan berbunyi 'peetpeet'.
'Bathroom duck' ini sudah kotor dan buruk,dari mana ia datang aku pun tak tahu.Aku panggil anak-anak dan tunjukkan pada anak-anak.Aku sangat tidak sabar untuk beritahu suami yang aku dah jumpa punca gangguan selama ini.Anak-anak tengok,kotor sangat itik mainan itu .Kata salah seorang anakku,Tamiem,
''Ehh,Ummi inikan itik yang Pakcik (jiran sebelah) bagi dulu.Dalam kotak mainan yang Pakcik bagi dulu,memang itik ini ada tapi dah lama sangat dah Uwaiys (anak ke 3 kami)buang itik ni atas bumbung depan bilik kami,memang tak boleh nak ambik dahh''
''Owh ye??Habis tu macamana itik ni boleh ada di bawah garaj?Kalau ianya jatuh,langsung tak masuk akal sebab bumbung depan bilik Tamiem tu jauh kat sana.Sekarang itik ni ada tepi garaj depan bilik ummi,hurmmmm''Saya kehairanan dan anak-anak tidak tahu tentang itik ini berbunyi pada malam hari.Aku biarkan itik mainan tu di situ dan aku tak benarkan anak-anak sentuh itik tu.
Apabila suami pulang aku terus tunjukkan itik mainan ini dan suami ambil air Ya sin dan rendam itik mainan tu dan biarkan ia terendam semalaman di situ.Malam tu aku sukar lelapkan mata dan tidur agak lewat.Jam menunjukkan 12.30 am dan aku terdengar bunyi seperti itik mainan itu tapi suaranya tak lepas seperti dalam kesakitan,wallhu'alam.Dan aku tertunggu-tunggu juga kalau-kalau itik tu berbunyi lagi malam tu,tapi bunyinya tersekat-sekat dan sekejap saja.Di sebabkan rasa seram aku terus masuk tidur.Keesokan harinya,suami ambil itik mainan tadi dan buang ke tong sampah.
Tamatlah episod 'Itik Mainan' ini.Sejak itu kami tidak lagi diganggu dengan kehadiran bunyi 'peetpeet' di malam hari.Alhamdulillah.
Agak-agaknya lah kan siapalah yang datang main itik mainan tu pagi-pagi buta.(^________^)
Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa.
Peace.