Cerita saya ini sama ada sahabat nak percaya atau tidak itu terpulang. Saya cuma berkongsi cerita bahawa dalam kehidupan kita ini 'alam ghaib' itu memang wujud dan ada di sekitar kita cuma Allah hijabkan mata kita dari melihat semua ini. Dengan izin Allah, Allah boleh buka hijab mata/telinga/rasa untuk sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Thursday, April 18, 2013
KAITAN BUDAK PEREMPUAN MUKA HIJAU DAN ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI
Cerita saya ini sama ada sahabat nak percaya atau tidak itu terpulang. Saya cuma berkongsi cerita bahawa dalam kehidupan kita ini 'alam ghaib' itu memang wujud dan ada di sekitar kita cuma Allah hijabkan mata kita dari melihat semua ini. Dengan izin Allah, Allah boleh buka hijab mata/telinga/rasa untuk sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Monday, March 18, 2013
CERITA SI KECIL TERSEREMPAK DENGAN JIN
''Takpe Ummie Abdullah pergi ambil sorang jer,tak takut pun.Tak payah teman bukan ada apa-apa pun kat atas tu''. Anak ke 2 aku ni memang kuat semangat berbanding anak sulongku yang sangat-sangatlah penakut dan lemah semangat,nak naik ke tingkat atas atau kemana-mana sahaja dalam rumah ni dia takut..Dengan selambanya Abdullah turun dari tingkat atas sambil memegang lampin pakai buang adiknya.Ceria saja wajahnya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,jadi aku dan suami tidak ada syak apa-apa.
Suatu hari semasa makan siang bersama-sama anak-anak,dan ketika itu kami bercerita tentang gangguan dalam rumah kami,masing-masing ada cerita cumanya si bongsu sahaja tak pandai sangat nak bercerita.Abdullah mula bercerita bahawa sebenarnya semasa naik ke tingkat atas seorang diri dia ternampak seorang budak perempuan dalam usia 4thn berdiri di depan cermin dalam bilik tidurku dan suami.Berpakaian putih dan lusuh dan wajahnya seperti manusia biasa tetapi berwarna hijau dan rambutnya hitam panjang separas bahu.
''Abdullah tak takut ker?Dia buat apa dalam bilik ummi tu'' Aku bertanya.
''Ermmm takut jugak tapi Abdullah buat-buat tak tahu jer.Dia takde buat apa-apa,dia asyik duk depan cermin jer'' jelas anakku.
''Kenapa sebelum ini tak beritahu ummi pasal Abdullah ternampak budak perempuan muka hijau ni?''
''Takut ummi tak caya''
''Ada jumpa lagi tak sekarang ni''
'' takde dah''
''Kalau ada ternampak lagi,beritahu ummie yer."
Lalu aku bercerita pada anak-anak tentang kejadian jin dan manusia dan Malaikat.Jelaskan apa yang perlu agar anak-anakku tidak terasa takut.
Cerita seterusnya dari anak ke 3,Uwaiys ,katanya sudah 3 kali melihat kelibat hitam berkepala botak juga dalam bilik saya dan suami.
''Tak takut ker?'' tanya aku kepada Uwaiys,nak uji sejauh mana semangat dia.
'' Takkkk,dia bukan buat apa-apa pun,cuma berdiri jer tepi langsir bilik ummi,'' jelas Uwaiys.
Mak aii bilik aku juga,huhuhuhu.
Sebenarnya Tamiem adalah anak aku yang terawal dan terbanyak menyaksikan perkara-perkara pelik ini sebab itulah dia jadi lemah semangat.Dan si kecil pula sama cuma dia tak pandai nak bercerita apa yang dia nampak.Anak-anak selalu dengar aku panggil mereka padahal aku tak panggil pun,itu kerap berlaku.Wallahu'alam.
Aku sendiri,??hurmmm aku tahu dari dulu lagi rumahku diami ada penghuni lain tapi masa tu aku tak tahu macamana nak buktikan pada suami sehinggalah suami dan anak-anak sendiri mengalami gangguan-gangguan yang aku ceritakan.
Sekarang ini,walau berbagai cerita dan ujian kami hadapi,kami semakin selesa tinggal di sini.Alhamdulillah kami dah 'rawat' rumah ini sebaik yang kami mampu.Kenapa harus takut kan?Allah kan ada,Allah nak uji kami sekeluarga dengan gangguan ini.Semoga Allah tabahkan hati kami,insyaAllah.
KENALI GEJALA-GEJALA SIHIR
Nov 29, '10 11:58 PM
for everyone |
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
CARA MENGHADAPI SIHIR
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah S.WT. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.WT.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.
KERASUKAN
Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SAW. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu ada tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah randah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, diantaranya:-
GEJALA GANGGUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA
FIKIRAN / JIWA
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi mencapai apa saja yang dihajatinya. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
PAGAR DIRI PERTAMA
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.
Riwayat al Bukhari.
PAGAR DIRI KEDUA
Sabda Rasulullah S.A.W.:
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.
PAGAR DIRI KETIGA
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
PAGAR DIRI KELIMA
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim.
PAGAR DIRI KEENAM
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”
Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal Ãa sendiri sememangnya penipu”.Riwayat al Bukhari.
Thursday, March 14, 2013
JIN JATUH CINTA DENGAN AKU??
Entah mengapa pada pagi itu,sewaktu aku mula membuka tirai tingkap di lorong ke bilikku aku terlihat kelibat seseorang yang sangat besar dan tinggi di bilik tidur ku,ianya menyerupai kelibat dan wajah suamiku,ia merenung tepat ke arahku.Tapi aku sempat lihat sekilas sahaja.Sedangkan ketika itu suami ku ada tidur berselimut di katil sebab demam.Aku bingung,betul ke yang aku nampak itu?Agaknya jin yang selalu duk main tepi rumah ni,pujuk hatiku.
Beberapa hari lepas aku bermimpi perkara yang sama 2 hari berturut-turut.Mimpi dikepung sekumpulan lelaki jahat dan 'big boss' nya sekali,hanya kerana 'bigboss' tertarik melihat wajahku.Mereka mengejar aku dan mengepung untuk mendapatkan aku.Aku termenung kenangkan mimpi itu.Siapa lagi yang mahu ganggu hidup aku ini?!Owhh......,kupujuk hati agar terus bersangka baik.Dan aku biarkan mimpi itu tanpa mahu memikirkan lagi apa mesejnya,sehingga aku terlihat kelibat lelaki yang menyerupai suami aku tadi.
Aku berjumpa dengan perawatku dan ceritakan apa yang aku lihat dan apa yang aku mimpi.Dari situ tahulah aku,ada jin jantan sudah jatuh cinta dengan aku hanya kerna dia ternampak aku di satu kawasan hutan berbukit(tempat tinggal dia berhampiran perkampungan bunian),dia berkenan sangat padaku,katanya aku ni cantik dan dia mesti dapatkanku.Niat dia jahat dan aku pun tak tahu apa yang dia mahu dari aku.Dan jelaslah bahawa yang menyamar suami aku itu adalah dia.Allahu'Akbar.
Di saat aku menulis ini,jin itu masih ada dan masih degil untuk lepaskan aku walaupun suami dah cuba ikhtiar lepaskan,dan aku yaqin Allah pasti akan bebaskan aku dari jin jantan yang terkutuk ini.Jadi kalau anda mahu ke mana-mana,jagalah adab-adab sunnah dalam safar,bermula dari anda melangkah kaki keluar rumah lagi.Di sini aku kongsikan tanda-tanda di ganggu Jin asyik.Wallahu'lam.
NuurMuslimatusySyaheedah .
Jin Asyik
Berdasarkan pengalaman merawat, saya kategorikan jin asyik kepada 2 jenis iaitu jin asyik tegar dan jik asyik suka-suka.
Jin asyik tegar adalah jin yang benar-benar mahu menjadikan mangsa sebagai pasangan hidupnya. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Jin ini sentiasa memerhatikan gerak-laku bakal kekasihnya sehinggalah timbul bibit rasa sayang dan akhirnya berazam menjadikan mangsa sebagai kekasih.
Mangsa jin asyik tegar akan mengalami beberapa masalah dalam kehidupan hariannya terutama melibatkan isu-isu perkahwinan. Apabila ada orang yang berminat dengannya jin asyik akan cuba menghalang dengan pelbagai cara seperti menghodohkan wajahnya, membibitkan rasa benci dan juga provokasi terhadapnya. Natijahnya dia sukar dipinang orang atau menjadi seorang pemuda yang telajak membujang.
Mangsa suka bersendirian, fobia dengan pasangan gendernya, sukar tidur malam serta sakit/pening kepala. Dimasa masa tertentu dia seakan mendengar suara atau bisikan apabila berseorangan. Lebih dari itu jin asyik berusaha menunjukan kehadirannya dengan membentuk lintasan ataupun apa saja bagi menarik pandangan kekasihnya.
Bila tidur mangsa akan bermimpi bertemu/melihat seorang pemuda (jika dia seorang wanita). Lebih ganas lagi bila dia selalu "bersama" dengan pemuda berkenaan dan melihat kanak-kanak yang kononnya adalah anak mereka berdua. Ada ketika mangsa merasa seakan ditindih.
Jin asyik akan mengganas jika kemahuannya tidak dilayan. Dia mengganas apabila kekasihnya berjaya dipikat oleh orang lain. Ketika inilah mangsa akan dalam keadaan depress samapai mahu membunuh diri.
Jin asyik suka-suka pula tidak demikian. Baginya mangsa hanyalah sebagai keperluan memenuhi nafsu sahaja. Ia datang sekali-sekali. Mangsa juga melihat kelibat, mendengar suara dsb. Tetapi tidak sekerap jin asyik tegar.
Apabila merawat gangguan jin asyik, bagi jin asyik tegar akan berada ditubuh pesakit. Pada peringkat awal dia cuba menyembunyikan dirinya walaupun dibalasah dengan pelbagai ayat rukyah. Dia hanya mengalirkan air mata tanda kesakitan dibelasah. Maka untuk itu rawatlah seperti biasa.
Bagi jin asyik suka-suka, anda akan dapati bahawa jin berkenaan tidak ada pada pesakit walaupun pesakit memberikan simpton yang jelas beliau telah diganggu. Pesakit tidak menangis dan tiada reaksi apabila scanning dilakukan. Oleh itu anda tak perlu merukyah panjang setelah usaha2 scanning dijalankan. Untuk itu tamatkan rawatan kerana jin asyik jenis ini adalah kategori touch n Go. Bekalkan pesakit dengan aroma, air rawatan dan attar kasturi untuk dipakai waktu malam. Gangguan akan dapat dihindarkan setelahmana pesakit membenteng diri dengan zikruLLAH.
WALLAHu a'lam.
petikan dari http://akrine.blogspot.com/2009/06/jin-asyik-pengkelasan-rawatan.html
Monday, February 4, 2013
ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI?
Beginilah rupanya itik mainan tu tapi kotor sangat.Masih elok. |
Dalam pada aku sedang memaksa mata untuk lelap,tiba-tiba kedengaran permainan kanak-kanak di tekan-tekan dan menghasilkan bunyi 'peepeeet,peepeet'.Aku rasa pelik juga,sudah lama aku tidak punya permainan 'baby' seperti 'bathroom duck' begitu.Anak-anak aku tidur,sangat tak mungkin mereka yang bermain.Lagipun bunyi tu datang dari luar rumah,di padang depan rumah.
''Anak siapa yang main mende ni malam-malam buta ni bang?''saya tanya pada suami.
"Hishh takkan anak orang sebelah .Nak abang jenguk kat luar tak?''
''Ishh jangan...takutlah,takut orang jahat ker'', lama-kelamaan bunyi tu datang mendekati ke kamar tidurku dan sangat-sangat hampir bunyinya dengan tingkap bilik aku.Bulu romaku mula tegak,kuselimutkan diri.Dan suami bingkas bangun dan perlahan-lahan menuju ke jendela,perlahan-lahan langsir disingkap.Intai,tiada siapa pun,senyap.Di depan bilik kami,ada bumbung garaj kereta.Kalau difikirkan macamana bunyi yang kedengaran dari padang,kemudian datang ke tepi bilik dan akhirnya datang ke bumbung garaj depan bilik kami,ianya seolah-olah mengelilingi bilik ini dari luar. Kemudian suami melaungkan Azan dan tiba-tiba ada 'sesuatu' yang membaling batu yang agak besar ke arah bumbung garaj kereta yang satu lagi.Kedengaran batu bergolek jatuh ke bawah,kemudian batu itu hilang dari pandangan.Kami kaget dan tahulah kami,kami diganggu lagi.Kami masuk tidur semula selepas hidupkan CD Player.
Seminggu berlalu,suatu malam seperti biasa aku 'on' kan CD Ruqyah,kalau tak silap aku,aku dah tekan butang 'repeat All mode' tapi pada jam 2.30 pagi aku tersedar sekali lagi, tersedar disebabkan gangguan bunyi 'peepeet' ' datang lagi.CD Ruqyah yang aku mainkan tadi telah lama 'off' dengan sendiri.Bunyinya masih berlegar-legar di sekitar bilik kami.Dan kami biarkan saja dan terus 'on'kan kembali CD Player,dan ianya kembali senyap.
Beberapa hari kemudian,semasa aku ke garaj kereta,aku terjumpa sesuatu terbaring di suatu sudut garaj yang mana di situ ada satu paip air.Hah!Itukan 'bathroom duck',macamana ianya boleh ada di sini?Dari mana datangnya?Owhh inilah agaknya yang menggangu kami sejak dua menjak ini..Sebelum ini aku tak pernah tengok pun permainan ini di mana-mana.Aku hairan.Sebenarnya,sebelum ini kami memang tidak pasti bunyi apakah yang selalu menggangu kami.Ia seolah-olah bunyi tapak kasut 'baby' atau permainan yang lain.Selepas penemuan inilah baru aku tahu,ianya seekor itik plastik yang jika ditekan berbunyi 'peetpeet'.
'Bathroom duck' ini sudah kotor dan buruk,dari mana ia datang aku pun tak tahu.Aku panggil anak-anak dan tunjukkan pada anak-anak.Aku sangat tidak sabar untuk beritahu suami yang aku dah jumpa punca gangguan selama ini.Anak-anak tengok,kotor sangat itik mainan itu .Kata salah seorang anakku,Tamiem,
''Ehh,Ummi inikan itik yang Pakcik (jiran sebelah) bagi dulu.Dalam kotak mainan yang Pakcik bagi dulu,memang itik ini ada tapi dah lama sangat dah Uwaiys (anak ke 3 kami)buang itik ni atas bumbung depan bilik kami,memang tak boleh nak ambik dahh''
''Owh ye??Habis tu macamana itik ni boleh ada di bawah garaj?Kalau ianya jatuh,langsung tak masuk akal sebab bumbung depan bilik Tamiem tu jauh kat sana.Sekarang itik ni ada tepi garaj depan bilik ummi,hurmmmm''Saya kehairanan dan anak-anak tidak tahu tentang itik ini berbunyi pada malam hari.Aku biarkan itik mainan tu di situ dan aku tak benarkan anak-anak sentuh itik tu.
Apabila suami pulang aku terus tunjukkan itik mainan ini dan suami ambil air Ya sin dan rendam itik mainan tu dan biarkan ia terendam semalaman di situ.Malam tu aku sukar lelapkan mata dan tidur agak lewat.Jam menunjukkan 12.30 am dan aku terdengar bunyi seperti itik mainan itu tapi suaranya tak lepas seperti dalam kesakitan,wallhu'alam.Dan aku tertunggu-tunggu juga kalau-kalau itik tu berbunyi lagi malam tu,tapi bunyinya tersekat-sekat dan sekejap saja.Di sebabkan rasa seram aku terus masuk tidur.Keesokan harinya,suami ambil itik mainan tadi dan buang ke tong sampah.
Tamatlah episod 'Itik Mainan' ini.Sejak itu kami tidak lagi diganggu dengan kehadiran bunyi 'peetpeet' di malam hari.Alhamdulillah.
Agak-agaknya lah kan siapalah yang datang main itik mainan tu pagi-pagi buta.(^________^)
Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa.
Peace.
Monday, January 21, 2013
MAKHLUK APAKAH YANG TERBANG ITU?
Melihatkan aku yang masih sibuk menyapu di sekitar ruang tamu,suami buat keputusan untuk naik ke bilik di tingkat atas seorang diri untuk menukar jubahnya.Katanya agak panas untuk terus berjubah dan mahu mengenakan t-shirt sahaja.Suami naik ke tingkat atas seorang diri sambil mulutnya tak berhenti membaca al-Quran,jelas kedengaran ayat yang di bacanya iaitu Surah As-Sajdah.Itu sudah menjadi tabiat suamiku setiap kali pulang dari masjid,ada saja ayat-ayat Quran dibacanya,lebih-lebih lagi selepas solat isyak.
Sekejap lagi masa untuk buat taklim,hanya menunggu suamiku turun dan anak-anak selesai solat sahaja.Aku terus mengemas apa yang patut.
Tiba-tiba!........................
Kedengaran namaku dipanggil.Itu suara suamiku,kenapa dia panggil aku?Tapi masih kedengaran dia membaca al-Quran .Sedangkan tadi katanya tak perlu temankan dia ke bilik.Aku mula tertanya-tanya,kenapa ya?Hah adakah???????????Aku segera naik ke tingkat atas dan cuba amat-amati suara suamiku,lain benar bunyinya,suamiku sedang azan!Bulu romaku mula meremang.Hah!sudahku jangka,mesti ada sesuatu yang mengganggu suamiku,atau ada sesuatu yang suamiku nampak.Kulihat wajah suamiku,pucat lesi dan nampak yang dia baru lepas terkejut.
''Kenapa bang?''
"Tadi...abang nampak sesuatu dalam bilik kita ni!''
''Hurmm,apa yang abang nampak?''
Gambar Hiasan . |
''Aku tak terkejut mendengarkan ini.Dalam bilik aku ni,anak-anak dah nampak macam-macam dah.Nanti aku cerita yer,apa yang mereka nampak.Malam tu,suami memang takut untuk pergi ke mana-mana sekitar dalam rumah ni sorang diri,agaknya kerna terkejut.
Tapi ini bukan kali pertama suami diganggu,kiranya kali kedualah,lintasan-lintasan sebegini.Kali pertama dulu semasa suami masuk dapur seorang diri juga,ketika pintu Peti Sejuk di buka,ada sesuatu terbang dari arah belakang suami.Masa tu pun dengan mengejut dia memanggil saya yang ketika itu pun berada di ruamg tamu.Maklhuk apakah yang terbang itu?Saya ada jawapannya,terpulang pada anda mahu kan jawapan bagaimana.
Hurmmm,sambil tersenyum aku menulis ini.Semoga kami sekeluagra terus kuat untuk menikmati keindahan hidup di sini.Wallahu'alam,
Peace!!!!!(^_~)
NuurMuslimatusSyaheedah 21/1/2013
"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."
"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"
"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."