Tuesday, December 4, 2012

MIMPI AKU DAN MAYAT LELAKI BERDARAH.

  Jam menunjukkkan jam 4.45 am,aku sendirian di satu bilik yang cuma ada katil besi di situ.Dengan seragam putih ala-ala doktor,aku menghadap katil besi itu yang di atasnya ada seorang mayat lelaki yang seluruh badannya lebam-lebam dan hampir hancur!!Tubuhnya agak berisi dan wajahnya sukar di cam.
  Iya '' watakku'' seorang lelaki.Aku tak pasti sama ada aku ini seorang doktor atau pekerja hospital kala itu.??? (lantaklah).Tiba-tiba datang seorang rakan perempuan dalam keadaan agak kelam kabut lalu berkata,''awak tolong uruskan mayat ini yer'',dia pandang penuh harapan.Aku jadi bingung????,''errr kenapa dengan mayat ni,'accident' ke?''tanyaku penuh kehairanan dan sedikit seram.Dalam keadaan tergesa-gesa,sambil berlari-lari anak dia menjawab,''agaknya laa,saya pun tak pasti,'accident' kereta kot'',lalu dia berlalu dari bilik itu,tinggalkan aku dengan mayat tadi.
      Dalam keadaan tertekan dan rasa tanggungjawab aku mula menguruskan mayat tadi,sampai lah aku mengkafankannya.Sedang aku membalut-balut tubuhnya dengan kain putih tiba-tiba keluar tompokan darah dari di kawasan dada.Aku sangat hairan!''Apa jadi ni?!'' desus hatiku,aku cuba buat-buat tak nampak tapi sedang aku masih cuba menyempurnakan proses membalut tiba-tiba darah semakin banyak keluar sehingga membasahi kain putih yang membalutnya.Aku panik dan mula rasa seram yang amat sangat,bulu roma mula tegak,kaki mula terasa sejuk,sejuk dari hujung rambut sampai hujung kaki.Aku cuba bertahan dengan keadaan itu,menunggu rakan datang menjengah tapi masih belum ada kelibat rakanku datang ke bilik itu.

      Aku cuba bertenang tapi darah yang keluar terus keluar dan membasihi katil besi tadi,katil mula penuh dengan darah!Tangan ku juga basah dengan darah.''Ya Allah! Apa ni?''.Aku mula tak tentu arah,sangat-sangat seram melihat keadaan mayat tadi.Tiba-tiba bunyi pintu di buka,hah rakan ku tadi baru menjelma dan terus mengaju soalan ini,''Dah siap uruskan mayat tadi?'',lalu saya menjawab dengan suara yang agak marah. peluh di dahi tak berhenti menitik, ''maaf saya tak boleh 'handle' mayat ni,awak lihat tangan saya penuh dengan darah,tengok laa sendiri mayat tu,saya nak keluar dari bilik ni'',.Rakan ku tadi segera meluru ke arah mayat tadi ternyata dia sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku itu.
       Aku tinggalkan rakanku sendirian di situ,aku tak sanggup lagi untuk terus berada bersama dengan mayat berdarah tadi,kain yang membaluti mayat tadi lenjun dengan darah.''Maaf saya perlu ke bilik air'',ujarku dalam keadaan yang sangat lelah dan ketakutan.
       Saat berada di depan cermin dan sinki,aku cuba cuci habis-habisan darah di tangan,sebab aku dah tak sabar nak basahkan mukaku dengan air.Apabila tanganku sudah bersih aku segera basuh wajahku dan di cermin aku kembali melihat wajahku yang sebenar,aku sedikit lega tapi aku masih lagi dalam keadaan yang sangat ketakutan, aku cuba ingat kembali apa sudah jadi?Aku termenung,cuba ingat lagi.DARAH! yaa darah itu petandanya.Aku mula faham kenapa!...(^_^).
    Setelah beberapa lama melalui pertarungan hidup penuh misteri,Alhamdulillah aku sudah tahu siapa 'mayat lelaki berdarah' itu sebenarnya dan dia memang wujud di alam nyata ini tapi biarlah kurahsiakan siapa dia,biar Allah saja yang menilainya,wallhu'alam.



Allah Kuasa makhluk takde Kuasa.

HENTAKAN MISTERI DI PAGI HARI

   Aku bangkit dari tidur,terasa sedikit kehangatan.Hurmmmmmmmm patutlah,memang selepas subuh tadi aku terus padamkan kipas syiling untuk sambung tidur.Lalu bangkit dan terus ke kamar mandi.Seperti biasa,sejak beberapa minggu ini aku lebih senang mandi dari air simpanan sebab rasanya sangat sejuk.'Kepanasan' yang kurasa setiap pagi mendorongku untuk mandi air dingin walaupun musim hujan sebegini.
   Sesudah mandi dan berwudhuk,ku lihat cuaca di luar,Subhaanallah sangat indah sekali dengan cahaya sang Mentari,''terima kasih Allah kerna anugerahkan cahaya indah ini''desus hatiku.Di musim hujan begini sememangnya harga cahaya sang mentari tersangatlah mahal.Kulihat bakul hijau yang penuh dengan pakaian kotor di satu sudut bilikku,owhh,sayang betul,menyesal juga tidur selepas subuh tadi,banyak pakaian yang perlu di basuh,lagipun Allah dah bagi Matahari menyuluh hari ni.Elok sangat kalau jemur kain.
   Aku batalkan niat untuk terus solat,kemudian ku angkat bakul yang penuh itu turun ke tingkat bawah dan terus masukkan pakaian dalam Mesin basuh.Ku buka peti sejuk dan keluarkan lauk beku untuk di cairkan lalu aku terus naik ke tingkat atas untuk sambung niatku untuk solat dhuha dan membaca sedikit ayat-ayat al Quran.Naik ketingkat atas aku jenguk ke dalam bilik anak-anakku,masih lena mereka tidur,langsung tak sedar kehadiranku.
    Aku hanya sendirian tanpa kebingitan suara anak-anak kecilku.Ku ambil sejadah dan telekung solah dan mula mengerjakan solah sunnat dhuha beberapa rakaat.Usai solat Dhuha dan berdoa dengan doa Dhuha yang indah itu aku terus mencapai Mushaf al Quran,lalu kubacanya dengan suara yang agak serak sebab batuk-batuk yang ku alammi masih belum betul-betul sembuh.Jam menunjukkan hampir ke pukul 11 pagi,aku terus bersiap-siap untuk turun uruskan kerja-kerja rumah,macam-macam yang perlu diselesaikan.
sudut tangga.
   Dalam pada aku bersiap-siap untuk memulakan kerja,kedengaran derapan kaki anak-anak berlari berkejaran di atas tangga.''Eh,dah bangun ke budak-budak ni?"Bisik hati kecilku.Tiada pula kedengaran suara mereka.Aku sangat khuatir lalu lagi sekali aku menuju ke kamar anak-anakku untuk lihat sendiri apa yang mereka buat.Ya Allah,mereka masih tidur walaupun jam sudah pukul 11.''Errrrrrr apa pulak yang berlari-lari tadi kat tangga ni''?
   Kamar tidur anak-anakku berdekatan dengan tangga dan kulihat di sudut tangga,sunyi sepi,tiada apa-apa di situ.Sedang aku amat-amati sekitar tangga tadi,tiba-tiba kedengaran pintu yang di hempap dengan kuat.Jelas kedengaran dari tingkat bawah,seolah-olah dari bilik 'permainan/mengaji' anak-anakku.Aku sedikit menggelabah dan risau.Tertanya-tanya siapa yang ada di bawah?sedangkan anak-anakku semuanya masih tidur dan suami pula pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja.
   Aku memulakan langkah kaki turun ke satu-satu anak tangga,sangat berhati-hati dan berdebar-debar,terlintas di fikiran,adakah itu orang?atau ada monyet masuk rumah?ke tupai?Apa tu?Jujur aku beritahu aku tak risau kalau itu adalah permainan dari 'jin' tapi aku amat risau kalau itu adalah perbuatan orang,ada orang masuk rumah!Nauzubillah.
  Aku turun ke bawah,suasana rumah agak kelam berikutan langsir tingkap masih belum kusingkap kesemuanya,hanya beberapa tingkap sahaja yang kelihatan cahya sang mentari.Sunyi sepi.Tiada apa-apa pun,pintu-pintu bilik terbuka semunya.Di dalam kelam itu,kurasa seolah-olah aku tidak sendirian tapi setelah ku singkap semua langsir tingkap dan cahaya mentari mula mnerjah ke dalam rumah,aku rasa lain  benar,rasa lebih tenang dan damai.Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.
   Aku termenung sejenak,apakah itu hanya imiginasiku,di kala aku sendirian tanpa hilaian tawa anak-anak,bermacam bunyi pelik kudengar,tapi taklah selalu.Sesungguhnya Allah Kuasa dan segala makhluk Allah langsung tak ada kuasa.

Allahu...wallahu'alam.

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."